sajak nie sebenarnya lama da saya dapat..
dari seorang rakan saya masa di kolej mara banting (kmb)..
kawan baek saya di situ.. =)
dan sajak nie sangat-sangat la bermakna untuk saya..
di ambang waktu nak meninggalkan malaysia nie kan..
tetiba rasa sentimental tue makin menebal..
sampaikan tengok gambar je pon da boleh rasa nak menangis da..
huu~~
so saya nak dedicatekan sajak nie untuk semua kawan-kawan saya..
tak kesah la dari mana saya kenal diorang..
tadika taman pantai ke..
sekolah rendah tengku mariam ke..
temenggung ibrahim girls' school ke..
mrsm tun ghaffar baba ke..
uitm shah alam ke..
kolej mara banting ke..
or even jumpe time kat tengah-tengah jalan or kat kedai ke..
saya nak beritahu yang saya sangat la hargai kehadiran korang dalam hidup saya..
(^_~)v
hayati la sajak nie.. =)
~*..Erti Seorang Sahabat..*~
Kita mampu hidup seperti pulau;
memencilkan diri di tengah lautan luas.
Namun,
kita punya rasa punya hati,
yang diukir indah hadiah daripada Tuhan,
ingin sekali kita menjadi seperti semut;
hidup dan matinya di tengah ramai.
Aku bertanya pada akalku;
bagaimana caranya mencari teman
yang menyuluh di kala kita sesat;
yang memegang di kala kita terbuai;
yang menyentuh di kala kita mengeras.
Akal berkata;
carilah yang bijaksana kerana
nescaya kamu akan menghirup harumnya.
Ku bertanya pada hatiku;
carilah yang lembut tutur katanya
nescaya kamu akan senang mendengarnya.
Aku bertanya pada syaitan yang mengekoriku;
Dia berkata;
carilah yang mendewakan dunianya
nescaya kamu akak tertawa tanpa seinci kerisauan
(di dunia sahaja: syaitan itu tidak menyebutkan yang ini)
Aku bertanya pada malaikat yang melindungiku;
Dia berkata;
carilah yang dahinya di atas sejadah
nescaya dia akan membawamu meniti sirat sehingga ke hujungnya.
Namun,
jika benar aku ingin punya teman,
adakah aku jua seorang teman
yang menyuluh di kala temanku sesat?
yang memegang di kala temanku terbuai?
yang menentuh di kala temanku mengeras?
Pertanyaan ini telah menghenyakku beberapa kali
sehingga aku mula sedar
aku tidak berhak mendapat teman yang bisa menyuluh, memegang dan menyentuh
kerana aku sendiri tidak mampu menyuluh, memegang dan menyentuh.
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu,
ampuni daku dari segala dosa-dosaku.
Andai ku bisa memutar waktu,
inginku memimpinmu pada tiap waktu.
Sesungguhnya manusia takkan bisa,
menyentuh syurga-Nya,
tanpa ikhlas di hatinya.
.:: Hasil nukilan Nurul Amalina Osman ::.
p/s : dalam hidup memang akan ada pertemuan dan perpisahan..tue memang lumrah alam yang x boleh nak dielakkan..tapi walaupun perpisahan tue harus terjadi..x bermakna yang lama akan dilupakan..sebaliknya mereka akan jadi lebih berharga sebab sentimental value diorang akan terus bertambah dari masa ke masa.. =)

moga persahabatan kita akan berkekalan sampai bila-bila.. (^_^)

0 comments:
Post a Comment