Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Friday, June 4, 2010

~*..S – Summer Holz..!!..*~

my first summer holz..!!

Salam muhibbah..

(^^)

Sekian kalinya..selepas lebih lapan bulan meninggalkan Malaysia..
dapat jugak menjejakkan kaki semula ke tanah air tercinta nie..
rindu jangan cakaplah..
seminggu sebelum tarikh flight hati dah sampai dulu ke rumah..
tinggal jasad & otak je yang terpaksa berjuang menempuh final exam..
memang sungguh mencabarlah..especially untuk paper terakhir..
tue memang x yah cakap la..
rasa cam xmo pandang je buku tue..
sebab xmo balik awal je dikuatkan jugak hati nak membaca..
aish3..

x kisah la..tue kisah lepas dah..
Alhamdulillah..diam x diam..sedar x sedar..
dah sepuluh hari dah diri nie aman di Malaysia..
list makanan yang teringin benar nak makan pun dah mula bergaris-garis..
list barang yang nak beli je x start lagi bergaris..
xpe la..cuti insyaALLAH kalau xde hal 3 bulan lebih..
insyaALLAH ada banyak lagi masa untuk tue..
=)

sepuluh hari dah dekat Malaysia..tapi blog x jugak diupdate..
buruk perangai sungguh..
bukan xmo update..tapi biasa la bila dah dekat rumah..
internet = LIMITED
need to berebut with my other siblings if I wanna use it..
and then ada pulak kes Flotilla yang kena serang dengan tentera zionis Yahudi tue..
end up update pasal berita diorang je bila online..
tup tup jadi pemberita x rasmi dekat rumah nie terus..
haha..! =P
tapi xpe la..nie dah jadi keperluan..
sebab ini melibatkan agama and saudara se-Islam kita..
it’s not just about them or you or me now..
but it’s all about us..
penangan dengar lagu T.A.T.U – It’s all about us..
bila tengok lirik dia terasa macam situasi kita sekarang..
cume kita kalau boleh xmo la lari..tapi kena bertahan..
(amin~ harap-harap yang menulis nie x hanya menulis..! (>_<))

kalau nak cakap pasal isu Flotilla nie, x rasa cukup satu post je..
paling koman 2,3 jugak la..
dengan rasa geram lagi..mau membebel sokmo nanti..
geram..! sebab Yahudi laknatullah tue memang dah melampau..!
dah la sebabkan kematian orang pastu nak tuduh-tuduh plak..
boleh plak nak buat bukti palsu..
tapi pastu kantoi sendiri sebab tarikh gambar tue tertera tahun 2003 dengan 2006..
ALLAH nak tunjukkan..
selama nie diorang plan punya mantap..control pihak sini sana..
kalau ALLAH nak tunjukkan boleh je benda-benda camni jadi..
even though nampak silly gila..

habis terbongkar perangai sebenar Yahudi dekat satu dunia..

in a way, terasa macam benda nie is a sign yang Yahudi dah lemah..
teringat kata-kata Pengerusi misi Lifeline4Gaza..yang Yahudi tue x kebal..
x dapat nak mengelak daripada bertanya adakah maksudnya kebangkitan Islam dah dekat jugak..??
Wallahualam..
tapi yang pasti kebangkitan Islam tue memang pasti akan terjadi..
cuma sedang menunggu masa je..
kalau lah betul kebangkitan Islam tue dah semakin hampir, semakin perlu untuk kita bekerja keras..
so that bila terjadi nya hari tue kita x hanya tergolong dalam golongan yang memerhatikan je..
tapi yang turut sama berjuang untuk meningkatkan Islam..
(amin sekali lagi agar diri x hanya tahu menulis..huu~)

bercakap pasal isu nie, teringat insiden masa on the way nak ke Stansterd Airport dari Birmingham..
ditakdirkan ALLAH, kerusi yang kitorang book dari awal untuk duduk berlima ada orang lain yang duduk..
2 orang perempuan Korean..so lagi dua tempat amal dengan miza dapat duduk..
Jihan, lisa dengan lin duduk tempat lain..
Tengah duduk-duduk sambil mengunyah tue, ALLAH ilhamkan rasa nak berborak dengan diorang dekat miza..
So miza hulur la jajan yang kitorang beli dekat diorang..
Mula-mula ingatkan tue pasangan mak dengan anak..rupanya tue mak cik dengan sepupu dia..
Diorang on the way to Leichester..
ALLAH izinkan, rupanya si mak cik tue ramah..! banyak la dia tanya itu ini pasal kitorang berdua nie..
Pasal Malaysia..belajar dekat mana..so on..
Sampai lah tup tup dia cakap dia ramai kawan Muslim kat Leichester..dengan Malaysian Muslim ada 2 orang..
(Leicester people..! take note..! hoho..mana taw maybe orang yang amal cerita nie korang kenal..dek kesengalan diri bila dah lambai diorang keluar train baru teringat nak tanya nama..isk.. (-_-‘’))
Pastu tersentuh la isu Islam..

Banyak la jugak yang dia cerita..teringat yang lawak tue dia cakap dia boleh bezakan kalau orang tue Malaysian Muslim..yang perempuan la..hoho..
Sebab dia cakap kita semua pakai gaya tudung yang sama..
“u guys always wear ur scarf that has this angle (sambil membuat gaya dengan tangan)”
I know u guys faham 'angle' ape tue..lalala~
Time tue gelak je la sebab memang betul pun..

Even pakistanian pernah mention benda nie dekat kitorang jugak dekat Galway..
Hoho..

Tapi bukan isu tue yang amal nak sangat cerita dekat sini..
Dia cakap dekat kitorang..even though dia ramaiiii kawan Muslim..
tapi dia x pernah dijemput untuk pergi mana-mana gathering yang Muslim pernah buat..
sebab dia teringin nak tengok kita punya lifestyle..
kalau Christian and others banyak kali dah dia terima and dia pergi..
and when kitorang mention pasal Islamic Awareness Week, dia cakap dia x berapa suka dengan program-program macam nie..
sebab apa dia cakap..sebab biasanya kalau ada program macam tue..
dekat banner dia tue nanti..yang besar ditulis adalah..
“FREE FOOD”
dia cakap dia faham je reason disebalik tue..sebab nak tarik orang untuk datang..
“but there’s more to it than just free food..for people like us that really want to know and understand..”
(quoted directly from her)
Dia cakap jugak mostly apa yang diorang dapat are from media yang dia sendiri dapat rasa macam xde la betul sangat..sebab tue dia cakap ramai yang x faham betul pasal Islam..
And then dia cakap.. “u guys should be proud to show it because it is a part of u..”

Yang nie, bila amal dengar memang amal terdiam la..
Sebab in a way macam ada kebenarannya di situ..
Terasa macam..
“Ya ALLAH..banyak nya yang aku kena buat..”

Aunty tue memang sangat berminat la dengan Islam..
Bila dia nampak tafsir Quran, terus dia tanya boleh x dia belek..
And then dia tanya pasal solat..puasa..
Dia tanya jugak kalau dia nak cari translation Quran in English, senang x cari..
Time tue memang rasa happyyy sangatt..! sayu pun ada jugak..
Sekarang cuma mampu doakan je la..
Semoga ALLAH bagi petunjuk pada dia dan jugak pada diri sendiri..

Masa lambai dia keluar tue, terasa macam..
“Ya ALLAH..sayangnya Kau pada kitorang nie..Kau jadikan perjalanan nak pergi Stansterd nie daripada sekadar transit nak sampai ke rumah pada something yang lebih bermakna..”
Mungkin jugak amal nie hanya menumpang tuah miza..
Wallahualam~
Apa-apa pun, amal bersyukur.. =)

Fikir-fikir balik, amal memang sangattt bersyukur dapat pergi oversea nie..
Sebab banyak sangat pengalaman and benda yang amal belajar yang amal rasa kalau amal terus-terusan ada di Malaysia..amal xkan experience..
Pernah bercakap pasal isu nie dengan miza and ecah..pillow talk..
(sori jihan, lisa and lin..!! lain bilik time tue..!! (>_<))
Kalau dulu la..takat nak tanya harga pun suruh mak yang pergi tanya..
Sangatlah DEPENDENT dekat orang..
Sekarang ni even though xde la independent sangat..tapi boleh la dikatakan better than before..
I’m still trying to improve myself.. (^^)
Ditambah dengan pengalaman borak-borak dengan non-Muslims macam nie..
2 kali dah ALLAH hadiahkan amal pengalaman tue..
Both with different lessons yang diperoleh..
Alhamdulillah..

So insyaALLAH, masa yang ada dekat Malaysia nie..mari kita sama-sama cuba sedaya upaya kita..
Tambahkan ilmu yang patut sebagai persediaan kita..
so that xde la kita tergagap nak jawab kalau ditanya tiba-tiba..
Sebab pengalaman macam nie kalau ALLAH izinkan boleh je jadi bila-bila..dekat mana-mana je..
Mari sama-sama kita tunjukkan rasa ‘Izzah kita pada Islam..
InsyaALLAH.. [=^_^=]

p/s: menulis post ini dengan rasa takut dan rendah diri..pohon dijauhkan daripada murka ALLAH kalau x buat..insaf, insaf..isk.. (T^T)

4 comments:

adlan wafi said...

masyaAllah, i'm touched with this story. so lucky to get that chance ;)

~* ..Amal Insani..*~ said...

hee~ itula..alhamdulillah sgt.. (^^)

Amal Asyura said...

ibrah buat kita..mungkin slama ni kita nak kuatkan islam di kalangan orng melayu..maybe kte patut sebarkan dakwah kt westerners jugak....

p/s: ske sgt2... =)

~* ..Amal Insani..*~ said...

btul2..setuju..huu~

p/s: malo, rindu kamuu..! (>_<)

Post a Comment